Want your
own Fotopage?






 
budak rompin's FotoPage

By: ali mamat

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Mar-2008 13:22 Email | Share | | Bookmark
Filter Effect

+ tobacco graduated filter
+ tobacco graduated filter (2)
w/o filter
View all 4 photos...
Beberapa percubaan menggunakan tobacco graduated filter. Blh dilihat hasilnya di sini. Disertakan juga gambar yang menggunakan orange + tobacco graduated filter. So kalau nak beli filter, blh ler anda nilaikan sendiri. Untuk lebih jelas mengenai hasil pelbagai filter, cuba buka mana-mana site flickr dan type filter effect. Rasanya di sana lbh banyak dan lagi cantik.


Care to comment?


Sunday, 23-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy 6th Birthday to Ainul.....!

 

hAppY b!rtHdaY !!!! ^__^ aiNul i m!ss y0u s0 much....syg aiNul...ni kizz fr0m y0ng t!m@h mmmmmmmmuuuuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaahhhhhhhhh Sat 5-Apr-2008 02:50
Posted by:y0ng..t!m@h
Add comment


Sunday, 23-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pertemuan tidak dirancang.....

Bersama family Abang Yazid, Student Malaysia di Liverpool
 

Care to comment?


Sunday, 9-Mar-2008 07:06 Email | Share | | Bookmark
Allahu Akbar

Takbir....Allahu Akbar

Takbir....Allahu Akbar

Takbir....Allahu Akbar

Bangor pun terasa betapa cerahnya bulan mengambang.....Amiiin

Care to comment?


Monday, 3-Mar-2008 14:53 Email | Share | | Bookmark
Sesuatu yang menarik perhatian

Smallest House
Seagull
Depan rumah Robert
View all 4 photos...
Secara tidak sengaja semasa ke Conwy untuk mengambil TV yang dibeli dengan harga GBP20, kami singgah di Conwy. Pada satu sudut saya tertarik untuk merakamkan salah satu rekod yang tercatat di dalam The Guinness Book of Records iaitu rumah terkecil di dunia. Rumah ini dikenali juga dengan nama Quay House berukuran 3.05 x 1.8 meter. Rumah ini telah wujud sejak kurun ke 16 lagi. Ianya telah didiami sehingga tahun 1900 dimana penghuni terakhir ialah Robert Jones. Beliau terpaksa berpindah ke rumah lain kerana Conwy Council pada ketika itu telah mengistiharkan rumah tersebut tidak sesuai untuk dijadikan rumah kediaman kerana ketinggian Robert pada ketika itu ialah 6' 3" tidak membenarkan beliau berdiri dengan betul apabila berada di dalam rumah tersebut. Sehingga kini rumah itu masih dimiliki oleh keturunan beliau.

Care to comment?


Tuesday, 26-Feb-2008 15:26 Email | Share | | Bookmark
International Nite, UWB-siri 2

 
 
 
View all 26 photos...
Lagi gambar pada malam teresebut

terima kasih banyak2 Wed 27-Feb-2008 17:44
Posted by:Jurugambar yang satu lagi  - [Link]
Add comment


Tuesday, 26-Feb-2008 02:09 Email | Share | | Bookmark
Sunset from Bangor Pier

 
 
 
Jam 5 petang keluar untuk mengambil gambar tersebut kerana dah hampir dengan Maghrib. Pier yang mmg jauh ke tengah selat memberikan cuaca yang sangat sejuk sehingga terasa ke tulang walaupun sudah memakai coat. Mungkin kerana angin yg kuat membezakan suhu antara daratan dan tengah selat.

Care to comment?


Tuesday, 19-Feb-2008 18:50 Email | Share | | Bookmark
International Nite, UWB

 
 
 
View all 48 photos...
Persembahan dari Malaysian Student Society, majlis kawin kawin di University of Wales, Bangor untuk International Nite. Separuh gambar dari 200++ yang diambil dilampirkan di sini. Sebahagian lagi akan menyusul. Tahniah kepada Malaysian Student Society.

Terima kasih atas gambar2 yang di rakamkan..semua best Wed 20-Feb-2008 15:57
Posted by:Jurukamera lagi satu
Salam, apa khabaq kekanda sekeluarga di perantauan....
Adinda adinda di sini sihat jer....
Skrg kerap jer ke FRIM...
Meeting dgn Dato Latiff, En. Jamal, En. Nazly....handle projek 60kuarters baru...
Suppose Nyah Hajah mesti kenal nye....
Wah, comey lote aweq2 dkt fotopage nie.... bak mai sorang.....hehehe
Wsalam
Mon 25-Feb-2008 06:09
Posted by:hafiz penang hafizitm@yahoo.com
Hafiz...kalo Pak Lah kasik bonus hujung thn ni, meh ler mkn angin k sini..best oooii...blh kita g hiking k snowdonia. Salam utk Dato' kat FRIM tu ye...Buat elok2 kuarters tu.... Thu 27-Mar-2008 21:18
Posted by:Mrs. Ali
View all 5 comments Add comment


Sunday, 10-Feb-2008 01:43 Email | Share | | Bookmark
Sehari di LLandudno

UK mmg byk kamera...tidak terlepas Llandudno
ermmmm...rumah@hotel di Great Orme
cewah ko...melepak kat situ ropanyee yer
View all 12 photos...
Seperti biasa tempat yang kami pergi tidak jauh dari Bangor, cuma jauh dari Malaysia...hehe. Memang menjadi lumrah tahun pertama bagi mereka yang berada di mana-mana pun (rasanya) akan melawat sekitar tempat di mana mereka tinggal. Bila dah boring nanti dan ada sedikit fulus (agaknya) baruler berjalan sakan.

Llandudno adalah kawasan resort terbesar di Wales. Tidak hairanlah deretan hotel memenuhi pekan ini sepanjang jalan berhadapan dengan pantai. Jika dilihat dari Beaumaris, Bangor, ianya kelihatan seperti pulau di tengah laut. Mungkin kerana bukit Great Orme itu berada di hujung tanjung yang agak jauh dari daratan utama. Semasa era Victoria, untuk sampai ke puncak Great Orme, penduduk tempatan dan pelancong terpaksa mendaki naik. Melihat kepada tarikan bukit tersebut, kerja-kerja membina jalan menuju ke puncak dijalankan. Setelah 15 bulan pembinaan, pada 31 Julai 1902, secara rasminya kereta pertama telah naik ke puncak dari Victoria Station ke atas Great Orme.

Dikongsikan beberapa gambar di Llandudno sekitar tidak lebih 20 batu dari Bangor.

Care to comment?


Thursday, 7-Feb-2008 02:20 Email | Share | | Bookmark
Sedikit pandai

 
 
Setelah lebih seminggu memendam perasaan untuk mengambil gambar Menai Suspension Bridge pada waktu malam, akhirnya malam tadi tercapai juga hasrat setelah keadaan cuaca yang mengizinkan. Dengan ditemani rakan, seorang pegawai bank CIMB di Malaysia, hasilnya memberi kepuasan yang begitu mendalam terutama kepada aku yang baru berjinak-jinak dengan professional camera untuk cuba menuju ke arah 'sedikit pandai'. Jambatan yang berusia 182 tahun itu masih gah berdiri di tengah selat yang menjadi pemisah antara Pulau Anglesey dengan daratan Wales. Jambatan yang mula dibina pada 1819 dan siap sepenuhnya pada 1826, menyingkatkan 36 jam perjalanan dari London ke Holyhead ke 9 jam sahaja.

suke sgt pic ni...
cantik...........
Wed 20-Feb-2008 03:10
Posted by:yaa yaa_alan@yahoo.com  - [Link]
lawanya .... nnt ko balik mesia ko mesti shoot kat Jambatan Kuala KAngsar bila malam. kat situ pun mcm ni gak lebey kurang.. Tue 26-Feb-2008 03:16
Posted by:Ju
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.